Halal Food At Its Best Where you should be seen. Where family spend time. Where friends hang out. Where people meet. Where you will be known and be counted.
Wednesday, November 14, 2007
Noodle Station In Kota Bharu
Restoran seterusnya di Kota Bharu ialah Restoran Noodle Station yang baru di buka bulan April yang lalu. Restoran ini memperkenalkan satu konsep yang lain daripada yang lain. Lokasi restoran ini berdekatan dengan Pejabat Pos dan Balai Polis Kota Bharu.
Sesuai dengan namanya yang melambangkan hidangan menu yang berlainan dari restoran lain serta objektif pengusaha restoran ini yang ingin komersialkan Mee Wantan. Mee Wantan ini dibuat dengan menggunakan seratus peratus telur dan bersifat springy noodle, maksudnya ia tidak mudah putus apabile dimasak. Gandum yang digunakan pula diimpot dari Kanada bagi menghasilkan Wantan yang bermutu tinggi.
Selain pelbagai menu mee wantan, Noodle Sttaion juga menyediakan masakan western seperti Grill Lamb Chop, Sirloin Steak dan T-Bone Steak. Haa, pelbagai jenis hidangan dapat anda rasa di restoran ini, apa tunggu lagi..marilah cuba!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.