Wednesday, December 3, 2008

Comment From http://www.bibombio.com/2008/05/try-wifi-noodle-station-kb-mall.html

23
May

Try Wifi @ Noodle station KB Mall

when i came in this shop, i feel very unfortunate because i slipped down because the floor are little wet. Well, fortunately my lappy didn't spoilt.fuh! 17-05-2008, I wanna try out my new lappy's Wireless Broadband Connection. Last time i use this feature is on a few years ago when my father purchase a new notebook for his business. And now I want to try out Wifi for FREE because last time I was misunderstood that acessing Wifi need to purchase the what TM One Card from TM Point. I ordered number 240, that is Chocolate Ice-Cream. After enjoying delicious creamy ice-cream. I start to WiFi-ing. I can see Unsecured Connection under the name NOODLE. That is Noodle Station's Wifi Connection. I try to connect to it and yes! It connected. p.s. the menu book was so thick. i wish i can enjoy these meal next time i come to Noodle Station again. i wish to have... 196 Dream Slush 5.50 39 Fried Springly Noodle With Prawn 6.00 (sister like this very much) 63 T-Bone with Brawn Sauce

Noodle Station Trengganu

ARKIB : 14/10/2008

Noodle Station sedia 42 jenis masakan mi

tHidangan siap dimasak dihulur kepada pelayan untuk dihantar kepada pelanggan di Noodle Station Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU 13 Okt. - Perisytiharan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandar raya pada awal tahun ini telah membuka peluang kepada penduduk tempatan terutama golongan bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan dengan lebih luas lagi.

Status sebagai sebuah bandar raya juga telah menarik perhatian beberapa syarikat francais besar terutama makanan untuk membuka cawangan mereka di sini.

Sebelum ini, penduduk Kuala Terengganu tidak mempunyai banyak pilihan makanan yang ditawarkan syarikat francais berkenaan selain KFC, Pizza Hut, McDonald dan yang terbaru, Secret Recipe.

Justeru, peluang tersebut membolehkan seorang usahawan, Taufek Mohamad, 44, mendapatkan lesen perniagaan francais dan membuka cawangan Noodle Station baru di bandar raya ini.

Kedai bertempat di Kompleks Paya Keladi yang merupakan francais kesembilan Noodle Station itu menawarkan sebanyak 42 jenis masakan mi yang disediakan untuk memenuhi selera peminat makanan tersebut.

Taufek berkata, tidak mudah untuk menceburi bidang itu kerana pada mulanya beliau terpaksa bersaing dengan tiga usahawan bukan bumiputera untuk merebut lesen perniagaan francais tersebut.

"Sudah rezeki saya untuk mendapatkan lesen perniagaan ini kerana pemilik francaisor itu juga merupakan usahawan bukan bumiputera," ujarnya.

Beliau memberitahu, Noodle Station menjadi pilihannya dalam membuka perniagaan baru kerana ia menawarkan kelainan kepada penduduk di sini.

"Sebelum ini, makanan seperti ayam, nasi ayam dan burger sudah banyak disajikan kepada pelanggan jadi saya ingin menawarkan kelainan dan kepelbagaian kepada apa yang ditawarkan kepada penduduk bandar raya ini," katanya.

Selepas membelanjakan kira-kira setengah juta ringgit, kedai yang mampu menempatkan kira-kira 95 orang pada satu-satu masa itu mula beroperasi pada 25 September lalu.

Beliau berkata, walaupun mula beroperasi ketika umat Islam melaksanakan ibadat berpuasa, sambutan yang diberikan amat menggalakkan.

"Kaum bukan Melayu akan datang pada waktu siang untuk makan tengah hari dan petang manakala orang Melayu datang untuk berbuka puasa dan makan lewat malam," katanya.

Beliau menjangka jumlah pelanggan ke kedainya yang beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 11.30 malam itu akan meningkat selepas Hari Raya Aidilfitri.