Friday, October 26, 2007

Review From Petronas

Restoran Noodle Station
Restoran seterusnya di Kota Bharu ialah Restoran Noodle Station yang baru di buka bulan April yang lalu. Restoran ini memperkenalkan satu konsep yang lain daripada yang lain. Lokasi restoran ini berdekatan dengan Pejabat Pos dan Balai Polis Kota Bharu.
Sesuai dengan namanya yang melambangkan hidangan menu yang berlainan dari restoran lain serta objektif pengusaha restoran ini yang ingin komersialkan Mee Wantan. Mee Wantan ini dibuat dengan menggunakan seratus peratus telur dan bersifat springy noodle, maksudnya ia tidak mudah putus apabile dimasak. Gandum yang digunakan pula diimpot dari Kanada bagi menghasilkan Wantan yang bermutu tinggi.
Restoran ini juga menyediakan servis penghantaran yang melibatkan kawasan lima kilometer dari Bandar Kota Bharu. Cuma tambah 10% dari harga hidangan yang dipesan. Selain pelbagai menu mee wantan, Noodle Sttaion juga menyediakan masakan western seperti Grill Lamb Chop, Sirloin Steak dan T-Bone Steak. Haa, pelbagai jenis hidangan dapat anda rasa di restoran ini, apa tunggu lagi..marilah cuba! Restaurant ‘Noodle Station’ 3180-C, Jln Sultan Ibrahim, 15050 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim Waktu Operasi: 10.30am to 12.30pm.

No comments: